Friday, January 7, 2011

Struktur Duti Baru Industri Automatif Malaysia

Kerajaan mengumumkan struktur duti import dan eksais baru bermula pada 1 Januari 2005, berikutan pelaksanaan ASEAN Free Trade Area (AFTA). Syarikat automotif utama pengeluar kenderaan nasional turut terbabit dengan program pemasangan tempatan menerima kesan kenaikan harga kenderaan. Menurut Skim Keseragaman Keutamaan Tarif Berkesan atau Common Effective Preferential Tariff (CEPT) di bawah AFTA, Malaysia mempunyai komitmen untuk menurunkan duti import ke atas kenderaan bermotor berkuat kuasa 1 Januari 2005 dan seterusnya turun ke paras 0 hingga 5 peratus mulai 1 Januari 2008.

No comments:

Post a Comment