Thursday, July 19, 2012

Logo dan Tema Hari Kebangsaan Malaysia Ke-55 Tahun 2012



Keterangan Logo

Merupakan simbol negara Malaysia yang dicintai yang mempamerkan pencapaian cemerlang negara sejak merdeka. Merupakan kebanggaan setiap rakyat Malaysia kerana namanya kini terserlah di persada dunia.

Melambangkan Kedaulatan Institusi Raja Berpelembagaan dan kedaulatan Negara yang telah dipertahankan sejak 55 Tahun.


Melambangkan perpaduan utuh masyarakat Malaysia yang berusaha mencapai kemajuan (Maju) dan kemakmuran (Makmur) negara sejak dari awal kemerdekaan dicapai.


Melambangkan keunikan, liku-liku serta cabaran yang dihadapi oleh para pejuang dan pemimpin negara dalam memperjuang dan mempertahankan kemerdekaan serta kedaulatan negara.

Melambangkan kesungguhan dan komitmen kerajaan dalam menunaikan janji kepada rakyat untuk membawa kemakmuran, kemajuan, kehidupan dan peluang ekonomi yang terbaik.


Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bersatu padu, bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.



3 comments:

  1. ini logo yang bodoh.. slogan yang bodoh untuk sebuah negara membangun dan merdeka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kau je cakap logo ni buruk

      Delete
  2. Orang yang mencipta logi ini memang kreatif,saya sedang membuat projek untuk hari kemerdekaan.terima kasih kerana menulis blog ini

    ReplyDelete