Sunday, January 2, 2011

Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia

Pengenalan

Bunga raya atau Hibiscus Rosa- Sinensis adalah bunga kebangsaan Malaysia yang menjadi lambang perpaduan bangsa, agama, dan negara. Kelopak bunga yang lima adalah lambang kepada Rukun Islam dan Rukun Negara. Warna merah pula bermaksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran. Kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidup harmoni di Negaraku Malaysia tercinta.

Latar Belakang Sejarah


Bunga raya adalah ratu tumbuhan tropika yang dapat meningkatkan kesedaran dan menanam sifat kebanggaan serta kecintaan rakyat Malaysia. Oleh itu, ia dinobatkan sebagai Bunga Kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh YAB Perdana Menteri pertama ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra.


Kewujudan yang sekian lama turut dikenali sebagai ‘The Rose of China’ berdasarkan pertemuan asal di negara China. Pada awalnya, terdapat 10 spesies atau jenis bunga raya daripada kumpulan ‘keluarga Malvaceae’. yang wujud di negara ini. Kini, jumlah spesies bunga raya melebihi 3,000 spesis bunga raya hybrid dan variasi yang berdaftar di seluruh dunia.

Pada 1989, Taman Bunga Raya Kuala Lumpur dibina khusus sebagai satu pengiktirafan pada bunga raya sebagai bunga kebangsaan yang terletak di Taman Tasik Perdana. Kawasan seluas 0.9 hektar itu ditanam dengan 5,000 batang pokok bunga raya terdiri daripada pelbagai spesies dan variasi.

Spesis Bunga Raya

Di Malaysia saja, jumlah spesies bunga raya mencapai 300 jenis. Bunga raya di sini dalam kumpulan famili Malvaceae. Pembiakan bunga raya adalah hasil dari keratan dahan, tut atau cantuman. Spesies bunga raya yang dikenal pasti ialah Hibiscus Rosa-Sinensis, Hibiscus Mutabilis, Hibiscus Esculenthus, Hibiscus Tiliaceus, Hibiscus Syriacus, Hibiscus Moschentos, Hibiscus Rockil, Hibiscus Kokio, Hibiscus Yougianus dan Hibiscus Arnottianus. Hybrid bunga raya pula, antaranya ialah Fierlight, Charles September, Light Pink, Ritt 470, La France, Peach, Aurora, White Picardy, Scarlet Giant, Pink President, Pagoda, Francosea, Miss Kitty, Frank's Lady, Fire Truck, Cooperi Alba, Aloha dan Pukoonis. Malah, nama bunga raya turut mengambil nama Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan isterinya, turut diberikan nama pada bunga raya iaitu Hibiscus Rosa-Senensis Dr Mahathir dan Hibiscus Rosa-Senensis Dr. Siti Hasmah.

Ciri -ciri Keistimewaan
  • Bunga Raya ialah pokok renek berbunga sama ada merah, merah jambu, putih, kuning atau jingga, berbentuk rimbun menegak dan mempunyai tekstur sederhana kasar. Kebiasaannya, ketinggian pokok bunga raya ialah antara dua hingga tiga meter.Oleh itu, bunga raya ini dijadikan hiasan lanskap taman terkenal ‘evergreen’. Ini berikutan kecantikan dan keunikan bunganya yang boleh didapati dalam pelbagai pilihan warna, tambahan pula pengurusan dan penyelanggaraan adalah mudah, malah bunga raya boleh dikategorikan sebagai tumbuhan renek yang tahan lasak.
  • Bunga Raya juga dijadikan bahan makanan di mana bunga raya jenis Roselle boleh dijadikan sirap, jem dan halwa serta digunakan sebagai sayuran dan ulaman dari spesies Hibiscus Eculentus, manakala kegunaan lain seperti aspek perubatan pula terdapat beberapa spesies bunga raya yang boleh digunakan sebagai penawar racun, melegakan sakit kepala dan demam.

  • Dari aspek gubahan juga bunga raya sering digunakan dalam rumah dan hiasan kostum. Ada juga beberapa spesies bunga raya mampu melembapkan kulit dan menyuburkan rambut dari aspek kosmetik.
Cara Menanam Bunga Raya

Bunga Raya boleh ditanam secara keratan dahan, tut (cantuman) atau melalui biji benih.

  • Keratan batang yang digunakan secara meluas di negara ini kerana lebih mudah. Batang halus yang dipotong dari pokok induk ditanam terus dengan disapu sedikit serbuk penggalak akar.
  • Tut pula banyak dilakukan ke atas bunga raya yang lebih besar di mana kulit di sekeliling batang dibuang, kemudian gumpulan tanah yang disertakan dengan serbuk penggalak akar diletakkan di sekeliling batang yang sudah dibuangkan. Sesudah akar mulai tumbuh di kawasan batang yang dipotong kulitnya tadi, ia boleh dipindahkan dan ditanam berasingan dengan pokok induk. Akhir sekali, cantuman tunas dibuat apabila ada tunas dari induk lain dicantumkan kepada pokok induk yang lain dan tunas itu dibiarkan bercambah pada pokok induk yang sudah dipindahkan.
  • Biji benih walaupun tidak begitu meluas. Kebiasaannya, biji benih bunga raya banyak digunakan oleh negara yang beriklim empat musim.
  • Siram pokok ini sekurang-kurangnya satu atau dua kali sehari.
  • Jangan tanam bunga raya di kawasan air yang bertakung untuk memastikan tiada kerosakan akar.
  • Proses penggemburan biasa dilakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi memastikan sistem pengudaraan yang baik dan tidak ada tumbuhan persaingan. Dari aspek pembajaan, ia penting dalam memastikan tumbuhan berada dalam keadaan sihat dan selalu mengeluarkan bunga.
  • Cantasan juga hendaklah dilakukan supaya dapat mengawal pertumbuhan bunga raya dan mempercepatkan pertumbuhan tunas, malah bentuk pertumbuhan bunga raya ini boleh dibuat.
Kawalan Penjagaan Pokok

  • Semburan racun serangga adalah cara penjagaan yang mana tertumpu pada penggunaan luaran. Ada juga bunga raya yang mendapat serangan pada akar dan atas faktor itu, penggunaan racun serangga yang dikhususkan pada akar.
Di Mana Anda Lihat Bunga Raya?

Bunga Raya banyak ditanam di kawasan bandar dan luar bandar terutama di kampung kerana kesesuaian iklim dan tanahnya. Kebanyakan penggunaan bunga raya dapat dilihat secara tanaman berkelompok, pagaran, tanaman berpasu, tanaman spesimen dan memanjat.


Persatuan Bunga Raya Antarabangsa


Terdapat lima persatuan Bunga Raya di seluruh dunia iaitu Persatuan Bunga Raya Antarabangsa, Persatuan Bunga Raya Amerika, Persatuan Bunga Raya Australia, Persatuan Bunga Raya Queensland dan Persatuan Bunga Raya Danish. Di negara ini, masih belum mempunyai persatuan bunga raya, tetapi mempunyai pengikut dan peminat yang ramai terhadap bunga raya.



































































































1 comment:

  1. http://beritamurnivip99.blogspot.com/2017/11/nikmati-sajian-istimewa-burger-hitam-di.html
    http://beritamurnivip99.blogspot.com/2017/11/3-pertimbangan-pria-yang-selingkuh-tak.html
    http://beritamurnivip99.blogspot.com/2017/11/4-fakta-menarik-miss-universe-2017-demi.html

    Tunggu Apa Lagi Guyss..
    Let's Join With Us At Dominovip.com ^^
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami :
    - BBM : D8809B07 / 2B8EC0D2
    - Skype : Vip_Domino
    - WHATSAPP : +62813-2938-6562
    - LINE : DOMINO1945.COM
    - No Hp : +855-8173-4523

    ReplyDelete