Tuesday, January 11, 2011

Flora Malaysia



Hutan Hujan Khatulistiwa di Malaysia dianggap yang tertua di dunia. Bumi Malaysia masih diliputi dengan sejumlah 61 peratus Hutan Hujan Khatulistiwa. Malaysia mempunyai keluasan hutan kira-kira 77.2 peratus daripada jumlah keluasan keseluruhannya iaitu lebih daripada 20.36 juta hektar. Di Semenanjung Malaysia sahaja hutan meliputi 4.8 peratus iaitu Pahang (37.6 peratus), Kelantan (15 peratus), Perak (14.4 peratus) dan Terengganu (37.6 peratus). Manakala, keluasan hutan di Sabah meliputi 62.5 peratus dan Sarawak mempunyai keluasan hutan terbesar iaitu meliputi 75 peratus.


Di samping itu, terdapat hutan bakau serta hutan dipterokrapa yang boleh dikelaskan berdasarkan ketinggian kawasan di atas aras laut seperti Hutan Pamah Dipterrokarpa (Hutan di kawasan tanah rendah dan di kaki bukit sehingga ketinggian 300 meter), Hutan Dipterokarpa Bukit (Hutan bukit antara ketinggian 300 meter – 762 meter), Hutan Dipterokarpa Atas (Hutan di antara ketinggian 762 meter – 1200 meter), Hutan Oak-gunung (Hutan di antara paras ketinggian 1200 meter – 1500 meter) dan Hutan Ericaceous Gunung (Hutan melebihi 1500 meter).


Pokok Tualang merupakan pokok tropika yang paling tinggi di dunia hingga boleh mencecah ketinggian sehingga 80 meter (260 kaki).


Hutan bukan sahaja merupakan sumber alam yang amat penting kepada kehidupan manusia malah, habitat flora dan fauna. Terdapat pelbagai spesies binatang dan tumbuh-tumbuhan yang menjadi daya penarik kepada para penyelidik sains. Dianggarkan terdapat lebih 15,000 spesies bunga-bungaan (9 peratus daripada jumlah di dunia) dan lebih 2,000 jenis pokok yang mengeluarkan bunga, termasuk 200 jenis pelbagai palma dan 3,000 jenis ork, lebih 6,000 spesies berpotensi menjadi sumber perhutanan, manakala lebih daripada 800 spesies tumbuh-tumbuhan dicatatkan. Di Semenanjung Malaysia sahaja terdapat lebih kurang 300 spesies tumbuhan berbunga yang telah direkodkan dan 2500 daripadanya ialah spesies pokok.





No comments:

Post a Comment