Thursday, January 6, 2011

Imbasan Malaysia 2005

IMBASAN MALAYSIA 2005


“...Kerajaan akan meningkatkan keupayaan sedia ada Negara dari semasa ke semasa bagi memastikan sebarang krisis yang berlaku dapat ditangani dengan segera. Kesediaan Negara untuk menghadapi krisis akan dapat ditingkatkan menerusi pembentukan modal insan yang bukan saja dilengkapi dengan ilmu pengetahuan tetapi juga didikan moral yang baik.”


Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi

(Petikan Perutusan Tahun Baru 2006)


Sepanjang tahun 2005, Malaysia dipenuhi dengan 1001 warna kehidupan dan pahit getir penuh cabaran. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus bersyukur kerana negara ini tiada peperangan atau malapetaka yang memusnahkan ribuan nyawa seperti Tragedi Bencana ‘Tsunami’ 26 Disember 2004, yang telah mengorbankan lebih 240 ribu orang di Lautan Hindi khususnya, utara Sumatera menyebabkan pihak berkuasa dan rakyat Malaysia sentiasa berwaspada menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal mengancam keselamatan negara. Bencana alam yang sering berlaku di seluruh dunia mengingatkan kita betapa pentingnya memelihara alam sekitar.


Sebagai rakyat Malaysia kita perlu insaf dan bersyukur boleh hidup rukun damai di bumi Malaysia. Tiada serangan penyakit selesema burung yang mengorbankan nyawa manusia kecuali ancaman wabak denggi dan HIV/AIDS yang kian meningkat tetapi adalah terkawal.


Kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia adalah pemurah dalam menyalurkan pelbagai Bantuan Kemanusiaan di dalam dan luar negara yang terlibat dengan bencana alam tanpa mengira batas-batas politik, agama dan sosioekonomi. Pelbagai usaha Kerajaan diteruskan bagi menjana kecemerlangan ekonomi, sosiopolitik dan hubungan antarabangsa agar Malaysia setanding dengan Negara-Negara Maju.



Sidang Kemuncak ASEAN Ke–11


Malaysia menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN Ke–11 yang berlangsung pada 12–14 Disember 2005. Bertemakan, “SATU VISI, SATU IDENTITI, SATU KOMUNITI”, jelas membayangkan harapan besar kumpulan serantau ASEAN untuk bergerak lebih dinamik untuk mencapai kata sepakat yang lebih kukuh. Penekanan yang diberi ialah untuk membina masyarakat ASEAN dan melahirkan satu pertubuhan yang mampu memupuk semangat kekitaan. Komuniti ASEAN yang ingin diwujudkan merupakan cabaran dalaman yang perlu ditangani oleh ASEAN. Cabaran luaran ASEAN pula ialah untuk mencari jalan dan kaedah terbaik untuk menggalakkan keamanan dan kestabilan Asia Timur.



Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)


Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) sulung dihadiri oleh 10 anggota ASEAN bersama-sama China, Jepun, Korea Selatan, India, Australia dan New Zealand yang telah berakhir mencatat sejarah apabila berjaya membentuk pakatan strategik geopolitik dan ekonomi bagi kestabilan dan kemakmuran rantau ini. Serentak dengan itu, satu Deklarasi Kuala Lumpur mengenai sidang kemuncak itu ditandatangani oleh kesemua 16 pemimpin tersebut yang antaranya berbunyi:


  • “Menyedari perubahan persekitaran antarabangsa yang pantas, ekonomi dan masyarakat kita telah menjadi semakin saling berhubungan dan bergantungan antara satu dengan lain.”

  • EAS turut mengeluarkan satu lagi perisytiharan syor tuan rumah sendiri mengenai pencegahan, kawalan dan respons terhadap virus selesema burung yang berpotensi merebak dan menyerang tanpa diduga.

  • Pencapaian terbaik dalam sidang kemuncak itu ialah semua pemimpin mempunyai persefahaman yang sama mengenai apa yang kami hendak bagi rantau ini iaitu sebuah rantau yang aman, stabil dan makmur serta mewujudkan Komuniti Asia Timur.


Sidang Kemuncak ASEAN Ke–11


Malaysia menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN Ke–11 yang berlangsung pada 12–14 Disember 2005. Bertemakan, “SATU VISI, SATU IDENTITI, SATU KOMUNITI”, jelas membayangkan harapan besar kumpulan serantau ASEAN untuk bergerak lebih dinamik untuk mencapai kata sepakat yang lebih kukuh. Penekanan yang diberi ialah untuk membina masyarakat ASEAN dan melahirkan satu pertubuhan yang mampu memupuk semangat kekitaan. Komuniti ASEAN yang ingin diwujudkan merupakan cabaran dalaman yang perlu ditangani oleh ASEAN. Cabaran luaran ASEAN pula ialah untuk mencari jalan dan kaedah terbaik untuk menggalakkan keamanan dan kestabilan Asia Timur.


Sidang Kemuncak Ke–11, merakamkan peristiwa bersejarah apabila dalam masa yang sama Malaysia menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS), Sidang Kemuncak ASEAN–Rusia dan Sidang Kemuncak ASEAN+3. EAS menemukan 10 pemimpin negara-negara ASEAN dan pemimpin dari China, India, Jepun, Korea Selatan, Australia dan New Zealand menjadi asas untuk meningkatkan kerjasama dalam Komuniti Asia Timur (EAC).


Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)


Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) sulung dihadiri oleh 10 anggota ASEAN bersama-sama China, Jepun, Korea Selatan, India, Australia dan New Zealand yang telah berakhir mencatat sejarah apabila berjaya membentuk pakatan strategik geopolitik dan ekonomi bagi kestabilan dan kemakmuran rantau ini. Serentak dengan itu, satu Deklarasi Kuala Lumpur mengenai sidang kemuncak itu ditandatangani oleh kesemua 16 pemimpin tersebut yang antaranya berbunyi:


  • “Menyedari perubahan persekitaran antarabangsa yang pantas, ekonomi dan masyarakat kita telah menjadi semakin saling berhubungan dan bergantungan antara satu dengan lain.”

  • EAS turut mengeluarkan satu lagi perisytiharan syor tuan rumah sendiri mengenai pencegahan, kawalan dan respons terhadap virus selesema burung yang berpotensi merebak dan menyerang tanpa diduga.

  • Pencapaian terbaik dalam sidang kemuncak itu ialah semua pemimpin mempunyai persefahaman yang sama mengenai apa yang kami hendak bagi rantau ini iaitu sebuah rantau yang aman, stabil dan makmur serta mewujudkan Komuniti Asia Timur.

Pemimpin-pemimpin yang hadir di EAS ialah Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Sultan Hassanal Bolkiah (Brunei); Perdana Menteri Kemboja, Samdech Hun Sen; Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono; Perdana Menteri Laos, Bounnhang Vorachith; Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo; Perdana Menteri Myanmar, Lt. Jeneral Soe Win; Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong; Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dan Perdana Menteri Vietnam, Phan Van Khai. Turut hadir ialah Perdana Menteri Jepun, Junichiro Koizumi; Perdana Menteri China, Wen Jiabao; Presiden Korea Selatan, Roh Moo-Hyun; Perdana Menteri India, Dr. Manmohan Singh; Perdana Menteri Australia, John Howard dan Perdana Menteri New Zealand, Helen Clark. Menurut Abdullah, semua pemimpin kerajaan juga menerima serta mahukan usaha untuk mewujudkan Komuniti Asia Timur (EAC) menjadi realiti pada masa depan.


Para pemimpin EAS bersetuju bahawa soal kemasukan negara anggota baru akan diputuskan oleh ASEAN memandangkan kemasukan Australia dan New Zealand dibuat berdasarkan kepada tiga kriteria iaitu menandatangani perjanjian persahabatan dan kerjasama (TAC), menjadi rakan dialog ASEAN serta menjalin hubungan kukuh dengan negara-negara anggota. Selain itu, beberapa isu juga dibincangkan ialah mengenai keselamatan tenaga, memerangi penyakit berjangkit, cukai kewangan, keganasan, kebudayaan, infrastruktur, jenayah antarabangsa, alam sekitar dan pemisahan digital.


Keputusan pembentukan EAS dibuat pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-10, di Vientiane, Laos, pada 29 November 2004 yang mencadangkan sidang kemuncak pertama itu diadakan di Malaysia. Gagasan awal pertubuhan EAS diilhamkan oleh Mantan Perdana Menteri, Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 1990 yang mencadangkan diwujudkan satu kumpulan perundingan – Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) - yang kemudiannya gagal kerana di bantah oleh banyak negara kuasa besar, khususnya Amerika Syarikat (AS). AS kemudiannya menubuhkan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada 1993.



Persidangan Menteri-Menteri Penerangan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) Ke- Enam (COMINAC VI)

COMINAC V1 telah berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia pada 19 hingga 22 November 2005. Persidangan antarabangsa di peringkat Menteri-Menteri Penerangan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dianjurkan oleh Kementerian Penerangan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri. Tema COMINAC V1 ialah “Meningkatkan Kerjasama Maklumat dan Komunikasi Ke Arah Menjadikan NAM Lebih Dinamik”.


Persidangan antarabangsa ini bertujuan bagi memantapkan kerjasama dalam bidang maklumat dan komunikasi di kalangan negara terbabit dalam menghadapi cabaran globalisasi, meningkatkan perpaduan dan kemakmuran negara anggota NAM. Persidangan ini juga bermatlamat memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam usaha meningkatkan pengaliran maklumat di kalangan anggota. COMINAC V1 telah diadakan dalam dua segmen iaitu Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan (SOM) pada 19–20 November 2005 dan mesyuarat peringkat Menteri-Menteri. Isu-isu SOM yang dibahaskan pada persidangan tersebut ialah Memperkasa Oder Baru Antarabangsa dan Komunikasi Dunia dalam Konteks Globalisasi; Penyebaran Maklumat Berkaitan Kempen Utama Antarabangsa; dan Meningkatkan kerjasama Selatan-Selatan dalam bidang maklumat dan komunikasi.



Lembaran Baru Hubungan Diplomatik Malaysia – Indonesia


Lawatan rasmi pertama Presiden Susilo Bambang Yudhoyono ke Malaysia pada 14 Februari 2005, membuka lembaran baru bagi hubungan kedua negara. Selain daripada sejarah dan budaya yang bertaut rapat, Malaysia dan Indonesia juga merupakan anggota ASEAN, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM). Melalui hubungan yang terjalin, Malaysia dan Indonesia bersetuju membuat ketetapan untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin (PATI) warga Indonesia secara menyeluruh.



Hubungan Perdagangan Malaysia – Pakistan Diperluas


Lawatan Rasmi Negara ke Pakistan pada 15 Februari 2005 merupakan lawatan pertama Y.A.B. Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Lawatan tersebut merupakan langkah proaktif Malaysia untuk memperluaskan kembali hubungan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang khususnya, perdagangan dan teknologi maklumat. Pakistan merupakan negara pengimport ketujuh terbesar barangan Malaysia yang mempunyai anggaran penduduk sejumlah 150 juta. Malaysia juga adalah rakan dagang ketujuh terbesar Pakistan, selepas Arab Saudi, China, Jepun dan Amerika Syarikat.

Rundingan Penambakan Laut Malaysia – Singapura Berjaya


Malaysia dan Singapura telah mengadakan beberapa siri rundingan bagi mencapai penyelesaian bersama mengenai isu penambakan laut oleh Singapura di perairan Selat Johor dan sekitarnya. Rundingan awal kedua-dua negara telah berlangsung di Singapura pada 22–23 Disember 2004, manakala, rundingan seterusnya, berlangsung di The Hague, Belanda pada 7–9 Januari 2005. Berikutan Kajian Bersama oleh kumpulan teknikal bebas antarabangsa iaitu Group of Experts (GOE) yang dilantik oleh Malaysia dan Singapura, kedua-dua negara telah bersetuju dan menandatangani perjanjian pada 26 April 2005 di Singapura untuk mencapai penyelesaian bagi isu tersebut.



Kerjasama Awal Biodiversiti Malaysia – Perancis


Malaysia dan Perancis bersetuju menjalinkan kerjasama dalam bidang bioteknologi dan biodiversiti hasil daripada rundingan oleh Y.A.B. Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dengan Presiden Perancis, Chirac, di Persidangan Antarabangsa Biodiversiti: Sains dan Urus Tadbir, Paris, pada 24 Januari 2005. Perancis merupakan negara yang mempunyai kepakaran tinggi dalam bidang perubatan, biopharmaceutical, perubatan herba dan industri minyak wangi turut berminat dengan bahan-bahan mentah Malaysia seperti minyak daripada tumbuh-tumbuhan yang mempunyai khasiat. Perancis turut menawarkan peluang-peluang untuk latihan teknikal terutama dalam bidang kejuruteraan angkasa, kejuruteraan penerbangan dan membuka peluang ekonomi kepada Malaysia.



Hubungan Erat Malaysia – Poland


Kunjungan Hormat Perdana Menteri Republic Poland, HE Professor Marek Belka ke Kuala Lumpur, Malaysia pada 4–6 Julai 2005, melambangkan hubungan dua hala yang erat antara Malaysia – Poland. Kerjasama dan perdagangan dua hala telah banyak diwujudkan terutamanya dalam sektor pertahanan. Poland telah menubuhkan kedutaannya di Malaysia sejak tahun 1977, manakala, Malaysia mewujudkan kedutaannya, di Warsaw pada tahun 1978.

No comments:

Post a Comment