Friday, January 7, 2011

Dasar BioFuel Malaysia

Dasar BioFuel Malaysia telah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada 11 Ogos 2005. Dasar ini menggalakkan penggunaan biofuel sebagai alternatif kepada minyak diesel berasaskan petroleum atau fosil, meningkatkan aktiviti hiliran serta memperluaskan kegunaan penggunaan minyak kelapa sawit. Minyak campuran BioFuel B5 yang dipatenkan merupakan minyak diesel campuran 5% tapisan minyak sawit dengan 95% minyak fosil. Teknologi biofuel ini telah dibangunkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia dan dieksport ke Amerika Syarikat, Jepun, Kesatuan Eropah dan Korea. Permintaan tinggi dijangka mencecah 10.5 juta metrik pada tahun 2007 terutama bagi bahan bakar terbiodegradasi termasuk diesel sawit.

Minyak biodiesel kelapa sawit B5 akan mula dijual pada Jun 2011. B5 akan mula dijual di stesen-stesen minyak terpilih di ibu negara, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka dengan harga yang akan diumumkan kemudian. Sebagai permulaan sebanyak 200,000 tan metrik bahan api alternatif itu akan dipasarkan pada tahun 2011.

Penggunaan biodiesel semestinya akan mengurangkan kebergantungan terhadap minyak diesel yang bekalannya semakin berkurangan di seluruh dunia. Pemandu kenderaan berat dan pacuan empat roda yang menggunakan diesel mempunyai pilihan dari segi penggunaan bahan bakar berikutan.

No comments:

Post a Comment