Thursday, January 6, 2011

Dasar Bioteknologi Malaysia












DBM telah dilancarkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 28 April 2005, sempena Persidangan BioMalaysia 2005, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). DBN merupakan satu Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) yang mengambil tempoh selama 15 tahun untuk dilaksanakan dalam tiga fasa seiring dengan matlamat Wawasan 2020. Fokus utama DBN menjurus kepada 3 aspek pengkhususan utama iaitu bioteknologi pertanian, penjagaan kesihatan dan perindustrian. Menjelang tahun 2020, industri ini dijangka menjana sebanyak RM270 bilion dalam bentuk hasil, mewujudkan lebih 280,000 pekerjaan dan membangunkan lebih 100 buah syarikat.


  • Fasa Pertama (2005 – 2010) – Membina Kapasiti

Membina upaya yang meliputi pendidikan dan latihan pekerja berpengetahuan, membangunkan harta intelek dan kerangka perundangan, membangunkan jenama Malaysia serta membangunkan industri dan mewujudkan pekerjaan.



  • Fasa Kedua (2011 – 2015) – Sains ke Perniagaan

Membina kepakaran dalam penemuan ubat-ubatan dan pembangunan berasaskan sumber asli, pembangunan produk baru, promosi pelaburan, memperkukuhkan Penjenamaan Malaysia, membangunkan keupayaan dalam pelesenan teknologi serta mencipta pekerjaan berasaskan pengetahuan.



  • Fasa Ketiga (2016 – 2020) – Kehadiran di Peringkat Global

Meningkatkan kekuatan dan keupayaan dalam pembangunan teknologi, kepakaran, ubat- ubatan, inovasi dan pelesenan teknologi serta mempromosi Syarikat-syarikat Malaysia
Bertaraf Global.

No comments:

Post a Comment