Tuesday, January 4, 2011

Agama di Malaysia

Pengenalan

Islam adalah Agama Rasmi di Malaysia, sementara agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan bebas. Malaysia terdiri dari penduduknya yang berbagai keturunan dan menganuti berbagai agama, khususnya Agama Islam, Buddha, Hindu, Taoi dan Nasrani (Kristian), di samping lain-lain sistem kepercayaan yang diamalkan oleh berbagai kumpulan etnik yang terdapat di negara ini.

Di bawah Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 3 menyatakan bahawa "Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan".
Perkara 11 mengenai Kebebasan Ugama pula menyatakan, "Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya." Ini bermakna walaupun Malaysia telah mengisytiharkan Islam sebagai Agama Rasminya, penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik, keturunan dan kepercayaan bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing. Kebebasan ini membentuk perpaduan yang kukuh dalam masyarakat 1Malaysia demi keamanan yang dikecapi selama ini.

No comments:

Post a Comment