Tuesday, January 18, 2011

Bunga Rafflesia Malaysia










Bunga Rafflesia adalah spesis bunga unik yang paling besar di dunia dan boleh dijumpai di Malaysia. Bunga Rafflesia juga dikenali sebagai bunga pakma merupakan sejenis tumbuhan yang tidak mempunyai daun, batang dan akar. Ia tumbuh di atas kayu tertentu seperti kayu vines (Tetrastigma) yang selalu didapati di dalam hutan tropika di Asia Tenggara. Ia tidak seperti tumbuhan berbunga lain kerana kebanyakan hidupnya ia sebagai bebenang nipis yang membuat lingkaran di dalam kayu bagi menyebarkan benihnya. Ia seakan-akan fungus tetapi mengeluarkan bunga yang mempunyai stamens dan pistils.

No comments:

Post a Comment