Friday, January 7, 2011

Perbadanan Bioteknologi Malaysia (MBC)

Kerajaan telah menubuhkan MBC sebagai agensi setempat bermatlamat memacu pembangunan bioteknologi Negara secara bersepadu. Pelbagai projek akan dibangunkan, termasuk memperkukuhkan keupayaan institusi Negara seperti MARDI, MPOB dan Institut Penyelidikan Perubatan, serta melancarkan pusat kecemerlangan bioteknologi di dalam bidang pertanian, kesihatan dan genomik. Dalam pada itu, Bioproducts Validation Centre dengan nilai RM30 juta akan dilancarkan di Johor Bahru. Kerajaan juga akan menubuhkan sebuah dana khas, Malaysian Life Sciences Capital Fund, di bawah pengurusan Malaysian Technology Development Corporation, untuk melabur dalam projek bioteknologi. Dana tersebut akan mengumpul pelaburan daripada pelbagai institusi seperti GLC di mana Kerajaan menyumbang sebanyak RM100 juta. Selain itu, MBC akan bekerjasama dengan pelbagai agensi dan kementerian untuk menarik pelaburan dan usaha sama di kalangan syarikat bioteknologi, sama ada dari dalam mahupun dari luar negara.

No comments:

Post a Comment