Jabatan
Perlindungan Data Peribadi Malaysia (JPDP) merupakan agensi ke-19 di bawah
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) yang ditubuhkan pada 16
Mei 2011 selepas Kabinet meluluskan Rang Undang-undang berkaitan Akta
Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP). YB Dato Seri Utama Dr Rais Yatim,
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan telah menyempurnakan perasmiaanya
pada 9 Februari 2012 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.
Tanggungjawab utama Jabatan ini ialah untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi individu yang terlibat dalam transaksi komersial oleh pengguna data supaya tidak disalah guna dan disalah pakai oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Keselamatan data peribadi pengguna perlu dilindungi bagi mencegah sebarang bentuk penyalahgunaan terhadap penyimpanan atau pemprosesan data peribadi individu, awam dan swasta di Malaysia secara transaksi komersial adalah termaktub di bawah APDP ini.
Dalam
menguatkuasakan APDP, JPDP telah mensyaratkan kepada semua golongan pengguna
data peribadi yang terdiri daripada pihak individu mahupun swasta kecuali
Kerajaan untuk berdaftar secara rasmi bagi tujuan melindungi hak-hak pengguna
dan awam. Notis pembatalan pendaftaran kepada pengguna data akan diambil
serta-merta sekiranya ia tidak mematuhi mana-mana peruntukan APDP, syarat atau
sekatan, pengeluaran perakuan palsu serta pengguna data telah berhenti
menjalankan pemprosesan data peribadi tersebut.
JPDP ini diketuai oleh seorang Ketua Pengarah
dengan empat Bahagian utama iaitu Bahagian Pendaftaran dan Operasi, Bahagian
Perancangan Strategik dan Khidmat Sokongan, Bahagian Penguatkuasaan dan
Bahagian Pendakwaan.
Alamat Rasmi:
Ketua Pengarah
Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia
Aras 6, Kompleks Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
Lot 4G9, Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
Lot 4G9, Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
Tel: 03 8911 5000
Fax: 03 89117959
Email: jpdp@kpkk.gov.my
Bakal Portal Rasmi: http://www.pdp.gov.my
No comments:
Post a Comment