Pengenalan
Rukun Negara telah diisytiharkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke 13.Prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini untuk memelihara dan menggalakkan keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA
mendukung cita-cita hendak:
- Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
- Memelihara satu cara hidup demokratik;
- Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
- Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
- Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:-
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
No comments:
Post a Comment