Thursday, July 19, 2012

Logo dan Tema Hari Kebangsaan Malaysia Ke-55 Tahun 2012



Keterangan Logo

Merupakan simbol negara Malaysia yang dicintai yang mempamerkan pencapaian cemerlang negara sejak merdeka. Merupakan kebanggaan setiap rakyat Malaysia kerana namanya kini terserlah di persada dunia.

Melambangkan Kedaulatan Institusi Raja Berpelembagaan dan kedaulatan Negara yang telah dipertahankan sejak 55 Tahun.


Melambangkan perpaduan utuh masyarakat Malaysia yang berusaha mencapai kemajuan (Maju) dan kemakmuran (Makmur) negara sejak dari awal kemerdekaan dicapai.


Melambangkan keunikan, liku-liku serta cabaran yang dihadapi oleh para pejuang dan pemimpin negara dalam memperjuang dan mempertahankan kemerdekaan serta kedaulatan negara.

Melambangkan kesungguhan dan komitmen kerajaan dalam menunaikan janji kepada rakyat untuk membawa kemakmuran, kemajuan, kehidupan dan peluang ekonomi yang terbaik.


Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bersatu padu, bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.



Tuesday, June 12, 2012

Cloud Computing atau Pengkomputeran Awan Mega


Cloud Computing atau Pengkomputeran Awan Mega merupakan pengstoran maklumat berkomputer yang mengandungi rangkaian penyimpanan, pemprosesan, memori, fail perisian secara ‘awan’ yang semuanya dilaksanakan atas permintaan anda sendiri.




Ketahui Perlindungan Data Anda?
Ketahui dan lindungilah keselamatan data anda. Tanpa kita sedari sumber cloud computing telah didapati dalam semua perisian- perisian berasaskan:-
·         Web e-mel

·         Hotmail, GmailPerisian Online:

·         Microsoft 365-

·         Sosial Media: Facebook, Twitter, Flickr-

·         Peranti Bergerak: IOS, Android-

·         Backup / penyimpanan: AWS, Dropbox, BT Vault-

·         Hosting: Rackspace, Tapak GoogleCloud computing:

Tempat penyimpanan pengkomputeran iCloud dan Cloud Computing sebenarnya tidak akan diketahui oleh umum. Namun, kita boleh menjangkakan bahawa ianya terletak di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) memandangkan ianya adalah dalam lingkaran orbit rendah ‘satelit bulatan’ di ruang angkasa. Sentiasalah berhati-hati dalam semua aktiviti harian anda.

Apakah itu I-Cloud?


Apa itu iCloud?

Perkataan iCloud atau Awan Mega merupakan suatu tempat penyimpanan, penstoran maklumat, rangkaian aplikasi dan perisian sistem secara langsung atau online yang diterajui oleh syarikat Apple.

Secara kebiasaannya, kita menyimpan semua data  yang berkaitan dalam komputer sama ada di rumah, laptop, ataupun di flash drive. Namun, pada masa kini dan mendatang, penyimpanan atau penstoran maklumat tersebut tidak akan memerlukan semua peralatan seumpama itu lagi.

iCloud menawarkan akaun penyimpanan pengkomputeran yang amat mudah kepada anda dan semula data-data tersebut boleh diakses semula di mana-mana tanpa batasan, tempat ataupun waktu.

Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia

Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia (JPDP) merupakan agensi ke-19 di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) yang ditubuhkan pada 16 Mei 2011 selepas Kabinet meluluskan Rang Undang-undang berkaitan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP). YB Dato Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan telah menyempurnakan perasmiaanya pada 9 Februari 2012 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.


Tanggungjawab utama Jabatan ini ialah untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi individu yang terlibat dalam transaksi komersial oleh pengguna data supaya tidak disalah guna dan disalah pakai oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Keselamatan data peribadi pengguna perlu dilindungi bagi mencegah sebarang bentuk penyalahgunaan terhadap penyimpanan atau pemprosesan data peribadi individu, awam dan swasta di Malaysia secara transaksi komersial adalah termaktub di bawah APDP ini.
Dalam menguatkuasakan APDP, JPDP telah mensyaratkan kepada semua golongan pengguna data peribadi yang terdiri daripada pihak individu mahupun swasta kecuali Kerajaan untuk berdaftar secara rasmi bagi tujuan melindungi hak-hak pengguna dan awam. Notis pembatalan pendaftaran kepada pengguna data akan diambil serta-merta sekiranya ia tidak mematuhi mana-mana peruntukan APDP, syarat atau sekatan, pengeluaran perakuan palsu serta pengguna data telah berhenti menjalankan pemprosesan data peribadi tersebut.
 JPDP ini diketuai oleh seorang Ketua Pengarah dengan empat Bahagian utama iaitu Bahagian Pendaftaran dan Operasi, Bahagian Perancangan Strategik dan Khidmat Sokongan, Bahagian Penguatkuasaan dan Bahagian Pendakwaan.

Alamat Rasmi:

Ketua Pengarah
Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia
Aras 6, Kompleks Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
Lot 4G9, Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya


Tel: 03 8911 5000
Fax: 03 89117959

Bakal Portal Rasmi: http://www.pdp.gov.my



Thursday, December 8, 2011

APEC: Perlindungan Data Peribadi 2011






Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) telah menganjurkan satu persidangan berkaitan Perlindungan Data Peribadi di peringkat rantau pada 01 Disember 2011 di Hotel Makati Shangri-La, Manila Filipina. Seminar ini dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Perdagangan dan Industri (DTI), Filipina sebagai agensi penyokong perkongsian maklumat dengan Asia Pasifik Trustmark Alliance (ATA) yang akan dikenali sebagai World Trustmark Alliance (WTA). Jawatankuasa ini bertanggungjawab membawa bersama-sama lebih 70 delegasi daripada pelbagai sektor-sektor berkepentingan dasar dan swasta dari APEC ahli-ekonomi seperti Australia, Republik Rakyat China, Indonesia, Jepun, Malaysia, Mexico, Peru, Filipina, Singapura, China Taipei, Thailand, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Data peribadi merupakan apa-apa maklumat yang berkenaan dengan transaksi komersial yang sedang diproses secara keseluruhannya atau sebahagiannya melalui kelengkapan yang dikendalikan secara automatik sebagai tindak balas kepada arahan yang diberikan bagi maksud itu. Apabila data peribadi ini direkodkan dengan niat bahawa ia sepatutnya diproses secara keseluruhannya atau sebahagiannya melalui kelengkapan itu, atau direkodkan sebagai sebahagian daripada sistem pemfailan yang berkaitan atau dengan niat bahawa ia sepatutnya menjadi sebahagian daripada sistem pemfailan yang berkaitan.

Melindungi maklumat peribadi adalah suatu tanggungjawab sosial kerana ia adalah aset yang cukup berharga yang perlu diurus secara berhati-hati dalam alaf siber sama ada oleh agensi Kerajaan mahupun swasta tanpa mengira siapa. Di Malaysia, kita telah pun mempunyai Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP) yang melindungi kepentingan pelanggan dan mengawal selia pemprosesan data peribadi individu yang terbabit dalam transaksi komersial oleh pengguna. Akta ini bertujuan melindungi kepentingan individu berikutan teknologi baru dan aliran pasaran yang kian berubah, menyebabkan peranan maklumat semakin penting dalam ekonomi pasaran global. Transaksi komersial menjadi komoditi yang bernilai dan keadaan ini mewujudkan tekanan semakin meningkat untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi.


Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia (JPDP) merupakan agensi ke-19 di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) yang ditubuhkan pada 16 Mei 2011 selepas Kabinet meluluskan Rang Undang-undang berkaitan APDP. Apabila APDP ini dikuatkuasakan, menjadi tanggungjawab utama Jabatan untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi individu yang terlibat dalam transaksi komersial oleh pengguna data supaya tidak disalah guna dan disalah pakai oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Keselamatan data peribadi pengguna perlu dilindungi bagi mencegah sebarang bentuk penyalahgunaan terhadap penyimpanan atau pemprosesan data peribadi individu, awam dan swasta di Malaysia secara transaksi komersial adalah termaktub di bawah APDP ini. Dalam menguatkuasakan APDP, JPDP akan mensyaratkan kepada semua golongan pengguna data peribadi yang terdiri daripada pihak individu mahupun swasta kecuali Kerajaan untuk berdaftar secara rasmi bagi tujuan melindungi hak-hak pengguna dan awam. Notis pembatalan pendaftaran kepada pengguna data akan diambil serta-merta sekiranya ia tidak mematuhi mana-mana peruntukan APDP, syarat atau sekatan, pengeluaran perakuan palsu atau pengguna data telah berhenti menjalankan pemprosesan data peribadi tersebut.

Diperingkat antarabangsa, terdapat instrumen yang mengawal selia perlindungan data peribadi seperti Garis Panduan OECD (1980), Majlis Konvensyen Eropah 108 (1981) dan Arahan EU (1995). Malah, APEC: Privasi Rangka Kerja (2004-05) merupakan langkah awal baginya mempunyai inisiatif tersendiri dalam menangani isu data perlindungan data peribadi yang melangkaui sempadan dan akan dimuktamadkan menjelang tahun 2012. Dicadangkan dalam persidangan ini untuk turut melantik Pesuruhjaya Antarabangsa yang mempunyai privasi standard antarabangsa seperti (Resolusi Madrid, 2009) di mana ‘Akauntabiliti' projek (sektor swasta yang diterajui mestilah disokong oleh Pesuruhjaya pelbagai Eropah).

Negara Eropah dan Amerika Syarikat (AS) mempunyai model-model tersendiri dan mempunyai ciri-ciri yang berbeza dalam mengawal selia peraturan-peraturan berkaitan privasi. Model yang digunakan oleh Eropah, mempunyai data yang komprehensif berkaitan perlindungan undang-undang bagi kedua-dua sektor awam mahupun swasta. Peraturan-peraturan preskriptif terperinci terlebih dahulu mendapat kelulusan melalui pendaftaran atau pelesenan. Bagi pengawal selia bebas privasi yang khusus dengan kuasa-kuasa yang signifikan Perlindungan Data Pihak Berkuasa atau Data Protection Authorities (DPAs). Beberapa bidang kuasa lain di luar Eropah juga turut menerima pakai model seperti ini seperti Amerika Latin dan Macau SAR.

Manakala, berlainan dengan model AS, di mana undang-undang sektor berkaitan memberi keutamaan kepada sesuatu kaedah. Kaedah-kaedah yang digunakan lebih umum dan fleksibel tanpa perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu. Manakala, penguatkuasaan oleh pengawal selia sektor dengan bidang kuasa lain. Peranan yang lebih besar bagi pengawalan kendiri. Bagi negara-negara Asia seperti Jepun dan Vietnam ia telah menerima pakai model AS ini.

Model ketiga menggunakan undang-undang yang komprehensif dengan prinsip-prinsip gaya EU, DPAs yang kukuh serta memainkan peranan utama dalam mengawal selia kod-kod amalan seperti Australia, New Zealand , Kanada, Hong Kong, Mexico,Filipina dan Thailand. Manakala Korea Selatan yang masih dalam proses semakan undang-undang beralih daripada model AS ke arah model Eropah.

Berbeza akan Malaysia di mana ia telah mempunyai APDP 2010 tersendiri yang bakal diwartakan oleh YB Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan pada awal tahun 2012. Sebuah Jawatankuasa Penasihat Perlindungan Data Peribadi akan bertindak menasihati Ketua Pengarah JPDP berhubung perlindungan data peribadi berkenaan, manakala kewujudan Tribunal Rayuan pula bagi memberi ruang untuk merayu terhadap keputusan Ketua Pengarah.
Menurut APDP, data peribadi individu tidak boleh diproses tanpa kebenarannya, selain pemproses data perlu melindungi data peribadi berkenaan daripada hilang, disalahgunakan, diubah suai atau diakses pihak yang tidak mendapat kebenaran. Pemilik data peribadi juga diberi akses membetulkan data peribadinya supaya tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini. APDP ini turut memperuntukkan pengguna data tidak boleh memindahkan data peribadi keluar Malaysia kecuali dibenarkan YB Menteri atas syor Ketua Pengarah. Selain itu, saksi atau pemberi maklumat bagi prosiding sivil dan jenayah mengikut APDP ini turut dilindungi kecuali jika maklumat atau aduan yang diberikannya itu adalah palsu sehingga gagal untuk pengadilan dilaksanakan sepenuhnya jika tanpa kehadirannya. APDP ini turut menetapkan, pengguna data yang dibenarkan mengakses data peribadi, perlu mendaftar dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh APDP dikuatkuasakan.

Mematuhi APDP akan lebih meningkatkan prospek kepercayaan terhadap sesebuah organisasi. Semua pelanggan yang berurusan dengan perbankan peribadi sama ada pembeli, pekerja, rakan perniagaan dan sebagainya akan lebih Kepercayaan individu atau pelanggan untuk berurus niaga akan meningkat dengan adanya TRUSTMARK yang dipercayai di laman-laman web yang mengandungi logo WTA, trustee, Kegagalan Privasi, sebaliknya, boleh merosakkan jenama dan reputasi syarikat. Ketidakpercayaan akan mempengaruhi sikap pengguna dan membeli tingkah laku-garis bawah akan terjejas. Malaysia TRUSTMARK akan turut dilancarkan pada awal tahun 2012 sebagai salah satu tanda kebolehpercayaan pengguna.

Matlamat keseluruhan seminar itu adalah untuk berkongsi wawasan mengenai perlindungan data peribadi, peraturan perlindungan data, berkongsi amalan berjaya dan pengalaman dalam isu-isu perlindungan data peribadi, pembangunan dan penguatkuasaan dasar, akauntabiliti dan perlindungan privasi, dan model yang mengawal selia serta kesannya ke atas perniagaan, dengan tumpuan khusus kepada pengawal data.

Tuesday, August 2, 2011

Logo dan Tema Hari Kebangsaan Malaysia Ke-51 Tahun 2008



PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Reka bentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”. 3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan. Warna merah simbol keberanian rakyat.

Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Petuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

Logo dan Tema Hari Kebangsaan Malaysia Ke-52 Tahun 2009

1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN


Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.