Lokasi
Malaysia terletak berhampiran dengan Khatulistiwa antara Garisan Lintang 2o dan 7o Utara dan Garisan Bujur 100o dan 119o Timur. Keluasan Malaysia meliputi 330,252 kilometer persegi. Semenanjung Malaysia sahaja meliputi seluas 131,598 kilometer persegi, manakala, Sabah meliputi keluasan 73,710 kilometer persegi dan Sarawak seluas 131,598 kilometer persegi. Semenanjung Malaysia bersempadan dengan Negara Thailand (utara), Singapura (selatan), Sarawak bersempadan dengan Negara Brunei Darussalam dan Sabah bersempadan dengan Filipina. Laut China Selatan seluas 531.1 kilometer persegi memisahkan Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak, Selat Melaka memisahkan Semenanjung dengan Sumatera, Indonesia dan Selat Teberau memisahkan Malaysia dengan Singapura.
Iklim
Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa iaitu panas dan lembap sepanjang tahun. Lazimnya, iklim tersebut dipengaruhi oleh dua musim monsun (Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut). Purata suhu harian di seluruh Malaysia ialah antara 21o C hingga 32oC. Cuaca Malaysia tertakluk kepada pengaruh laut dan perubahan sistem angin yang bertiup dari Lautan Hindi (Angin Monsun Barat Daya - Mei hingga September) dan Laut China Selatan (Angin Monsun Timur Laut - November hingga Mac). Hujan tahunan adalah di antara 80 peratus setahun iaitu 2000mm hingga 2500mm.
No comments:
Post a Comment