Friday, January 7, 2011

Malaysia Perintis Pengeluaran Biodiesel Dunia


Malaysia bakal menjadi perintis pengeluar biodiesel dunia apabila pembinaan kilang pertamanya di Labu, Negeri Sembilan dijangka siap pada tahun 2008. Projek tersebut menelan kos sebanyak RM40 juta dengan kemampuan pengeluaran 5,000 tan metrik biodiesel sebulan atau 60,000 tan metrik setahun. Kilang biodiesel itu adalah hasil kerjasama antara Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dengan anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Guthrie Berhad (Guthrie). Biodiesel adalah hasil campuran minyak kelapa sawit dan minyak petroleum yang boleh digunakan untuk kegunaan minyak kenderaan.

No comments:

Post a Comment